LANGKAWI








LANGKAWI adalah salah satu daripada daerah Kedah Darul Aman.Pulau Langkawi ini sebenarnya ialah satu pulau yang terbesar di Malaysia.Pulau Langkawi ini telah diberi status bebas cukai pada tahun 1987.Pulau yang kaya dengan keindahan alam semula jadi dan lagenda kisah silam telah menampilkan pulau ini sebagai satu tempat yang menarik dan terkenal sebagai tempat pelancongan.

Nama Langkawi ini telah digabungkan dari perkataan "LANG" dan "KAWI".Perkataan "LANG" diambil daripada perkataan bahasa melayu iaitu 'HELANG' di mana satu masa dahulu pulau ini telah dikatakan menjadi tempat tinggal burung helang kawi.Perkataan "KAWI" pula beerti 'MERAH HATI' kerana burung helang yang tinggal di pulau ini mempunyai bulu yang berwarna merah hati dan kepalanya berwarna putih.Kawi juga beerti 'TULISAN KAWI' dimana ia telah digunakan oleh masyarakat Hindu Jawa.Kawi juga merujuk kepada Batu Kawi.

Kawi dalam Bahasa Sanskrit ialah guli yang mana ia ditemui sebagai pertemuan Malaysia.Apabila kedua-dua perkataan ini digabungkan,ia membentuk perkataan "HELANGKAWI" yang kemudiannya menjadi "LANGKAWI".



Gambar di atas ini ialah Dataran Helang.Ia merupakan satu mercu tanda bagi Langkawi & ia juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di Langkawi.Patung helang yang tingginya lebih kurang 12 meter ini menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya.Kedudukan patung helang gergasi ini juga bersebelahan dengan jeti Kuah.Bentuknya yang unik & menarik serta kepaknya yang siap sedia untuk terbang ke langit ini membuatkan ianya menjadi satu pemandangan yang indah di mana para pelancong tidak sabar hendak mendarat di pulau ini.









Gambar seperti yang tertera di atas ini ialah gambar Cable Car ataupun Kereta Kabel yang terletak di Langkawi.Kereta kabel ini ialah yang terpanjang di Malaysia dimana panjangnya ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysian Book of Records.Kereta kabel Langkawi ini terletak di Gunung Mat Chinchang iaitu di sebelah barat laut pulau tersebut.Kereta kabel ini mula dibuka pada 27 FEBRUARI 2005 bagi memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung tersebut yang tingginya lebih kurang 713 meter.Panorama gunung batu kapur pada zaman geologi Cambrian yang lebih kurang 500 juta tahun ini amat menarik.Panjangnya 2.2km & terpanjang di dunia ini mengalahkan kereta kabel yang berada di Switzerland.













Gambar di atas ini ialah di Underwater World,Langkawi dan beberapa jenis haiwan di mana ianya terletak di Padang Mat Sirat.Tempat ini juga selalu dikunjungi oleh pelancong yang datang melancong ke Pulau Langkawi ini.Di sini terdapat pelbagai jenis haiwan yang kita tidak diketahui tetapi sesetengah haiwan di sini juga kita telah ketahui seperti ular,penguin dan sebagainya.












Gambar di atas ini pula ialah di Makam Mahsuri yang terletak di kawasan Kota Mahsuri,Mukim Ulu Melaka.Ianya terletak kira-kira 12km dari Kuah.Makam Mahsuri ini juga dipercayai ialah tempat di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi ini.Cerita rakyat menyatakan bahawa Mahsuri dikuburkan di tempat dia menghembuskan nafas terakhirnya selepas dia di hukum bunuh di Padang Mat Sirat.Sebuah perigi yang di gelar Perigi Mahsuri juga terdapat di situ.Tempat ini juga menarik untuk dijadikan tempat pelancongan.


SEJARAH MAHSURI

Gambar di atas ini ialah gambar seorang gadis yang berasal dari Langkawi yang bernama Mahsuri binti Pandak Maya atau turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.Beliau dilahirkan oleh pasangan yang bernama Pandak Maya dan Mak Andam  pada hujung kurun ke-18 masihi di Kampung Ulu Melaka,Langkawi.Dahulunya,Pandak Maya dan Mak Andam ini hanya bekerja sebagai petani.Dikhabarkan bahawa pasangan ini datang dari Kampung Kemala,Phuket,Thailand.Mereka berhijrah ke Langkawi ini untuk mengubah kehidupan mereka supaya menjadi lebih baik.Apabila mereka bekerja sebagai petani dan dari hasil titik peluh mereka sendiri,mereka mampu untuk membeli tanah dari masyarakat setempat.Diceritakan juga dari orang lama-lama di Langkawi ini bahawa keluarga Pandak Maya ini telah menjalankan perniagaan  kecil-kecilan seperti kemenyan serta sarang burung.Pandak Maya ini juga boleh dikatakan sebagai seorang yang berada kerana mempunyai sawah padi yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang burung layang-layang padi.

Apabila rezeki mereka telah berlimpah ruah,dengan kuasa Tuhan mereka dikurniakan pula seorang cahaya mata perempuan.Pandak Maya menamakan anaknya itu Mahsuri.Sesetengah orang lama-lama di Langkawi ini juga turut memberitahu bahawa ia juga dikenali dengan nama timangannya iaitu Siti.Mahsuri membesar dan dibesarkan dengan penuh adat resam serta tutur bahasanya yang baik & sopan oleh kedua orang tuanya.Sejak zaman kanak-kanak lagi,Mahsuri telah menunjukkan ciri-ciri luar biasanya di mana beliau selalu memakai baju warna hitam yang dikatakan warna kegemarannya.Di samping itu juga,rupa parasnya yang tidak jemu mata memandang serta dari segi tutur katanya yang elok cukup melambangkan bahawa tingginya budi pekerti & akhlak Mahsuri.Sehinggalah beliau telah dewasa menambahkan lagi kejelitaan di wajahnya itu sehinggakan menjadi buah mulut penduduk Langkawi & akhirnya sampai ke telinga Wan Yahya atau lebih dikenali sebagai Dato Pekermajaya.Dato Pekermajaya ini adalah wakil sultan dalam memerintah Langkawi pada waktu tersebut.

Akhirnya,Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda & pahlawan tempatan iaitu Wan derus,adik kepada Wan Yahya & Wan Mahora.

Mahsuri hamil ketika suaminya,Wan Derus keluar rumah yang dikatakan daripada sumber bahawa beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah.Mahsuri pula dikhabarkan tinggal bersama kedua orang tuanya.Ketika waktu tersebut,Deramang,seorang penyair kembara dimana sesetengah sumber menyatakan bahawa beliau ialah seorang peniaga singgah di Langkawi.Kebolehannya yang dapat menambat hati penduduk di situ  lalu dengan ehsan orang tua Mahsuri,Deramang tinggal di rumah mereka untuk mengajarkan syair serta dendang.Kehebatan Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri & membuatkan Wan Mahora,kakak iparnya sebagai isteri pembesar Pulau Langkawi itu cemburu.Kelahiran anak Mahsuri,Wan Hakim,mencetuskan fitnah apabila kakak iparnya sendiri memfitnah beliau melakukan hubungan sulit bersama Deramang.

Disebabkan itu,Mahsuri & Deramang dijatuhkan hukuman bunuh kerana telah termakan dengan hasutan isterinya itu.Tanpa menunggu Wan Derus pulang,Mahsuri & Deramang dibawa ke Padang Mat Sirat untuk dijatuhkan hukuman bunuh.Mahsuri diikat disebuah batang pokok & ditikam dengan tombak tetapi gagal.Akibat terseksa,akhirnya Mahsuri mendedahkan rahsianya bahawa beliau hanya dapat ditikam dengan tombak sakti atau lebih dikenali sebagai keris sakti yang terdapat di alang rumahnya.Kata-kata Mahsuri yang terkahir adalah berupa sumpahan dimana beliau tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah & menyumpah Langkawi tidak tenteram ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.Menurut lagenda,Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi.Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.







Gambar di atas ini pula ialah di Beras Terbakar.Beras Terbakar ini didakwa terdapatnya beras terbakar selepas tewasnya Datuk Kerma Wijaya untuk mempertahankan Pulau Langkawi daripada serangan musuh angkatan Siam.Tempat ini terletak di Kampung Raja,Mukim Padang Mat Sirat.Tempat ini juga sesuai dijadikan sebagai tempat pelancongan kerana sejarahnya.