MELAKA





Negeri Melaka dikenali sebagai 'MELAKA NEGERI BERSEJARAH' atau 'NEGERI HANG TUAH'.Pada tahun 2008,Melaka telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage).Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC),Kuala Lumpur.Melaka juga telah dinyatakan sebagai 'Negeri Bandar Teknologi Hijau'.

Negeri Melaka ini sememangnya sesuai untuk dijadikan tempat pelancongan kerana keunikan warisannya,tempatnya yang penuh bersejarah & sudah tentu makanan yang enak dan lazat untuk dinikmati.Di Melaka juga terdapat pelbagai tempat yang menarik untuk melancong.



Gambar di atas ini ialah A' Famosa yang terletak di Bandar Hilir,Melaka yang bersebelahan dengan replika Istana Kesultanan Melaka & Gereja St. Paul.Kota A' Famosa ialah bermaksud 'yang termasyur' dalam bahasa Portugis.Pintu ini ialah pintu yang ditinggalkan oleh orang Portugis di Kota A' Famosa yang dipanggil Porta de Santiago (Pintu Santiago).Ia telah dibina oleh Portugis sejak Portugis berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.A' Famosa ini merupakan seni bina Eropah yang tertua yang masih tinggal di Asia.
Nama A' Famosa seringkali disalah sebut begitu juga dengan orang Malaysia.Mereka seringkali menyebut /ei/ Famosa.Sedangkan sebutan yang lebih tepat ialah /a/ Famosa dimana bunyi /a/ nya itu seperti bunyi "ah".






Gambar seperti di atas ini pula ialah Beca Melaka yang terletak di Bandar Hilir,Melaka.Cara yang terbaik untuk menikmati pemandangan di Melaka serta untuk bersuka-ria adalah dengan cara menaiki beca sambil menghayati panorama di Bandar Melaka sambil duduk berehat di atas beca.Beca ini akan membawa anda melalui jalan-jalan dan lorong-lorong di pusat bandar bersejarah Melaka ini  yang selalunya akan tertinggal jika kita membuat keputusan untuk berjalan sendirian.Beca ini juga boleh disewa mengikut jam ataupun mengikut jarak perjalanan dan ia berpengkalan di Bangunan Stadthuys.






Gambar berikutnya pula ialah gambar sebuah menara yang dinamakan Menara Taming Sari.Menara ini terletak di Bandar Hilir,Melaka yang bersebelahan dengan Dataran Pahlawan.Menara ini merupakan menara pandang setinggi 110 meter dan juga dapat berputar 360 darjah bagi para pelawat melihat panorama Bandar Melaka.Menara ini merupakan menara berputar GYRO yang pertama di Malaysia.Kos untuk membina bangunan ini lebih kurang RM24 juta.Rekaan bentuk menara ini adalah berdasarkan Keris Taming Sari.






Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dari tahun 1402-1511.Sungai ini juga memberi perkhidmatan menaiki bot sepajang sungai ini & dinamakan perkhidmatan tersebut sebagai River Cruise.Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasan perbandaran,petempatan,perkuburan,perniagaan, perkapalan,pelabuhan dan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu.









Pasti anda tertanya-tanya dimanakah haiwan ini jika mereka semua berada di Melaka sedangkan Melaka itu ialah bandar,kan? Haa...Kalau anda semua nak tahu,haiwan-haiwan seperti ini terletak di Zoo Melaka.Zoo Melaka ialah sebuah taman yang luasnya lebih kurang 54 ekar.Boleh dikatakan haiwan yang berada di dalam zoo ini lebih daripada 1200 daripada 215 spesies haiwan.Zoo ini merupakan zoo yang kedua terbesar di Malaysia selain daripada Zoo Negara Malaysia (Zoo Negara).






Bangunan apakah ini? Haa... inilah Bangunan Stadhuys.Merahnya Dataran Belanda Bangunan Stadhuys ini dikenali sebagai bangunan merah oleh penduduk tempatan.Bangunan ini dibina pada tahun 1650 dan bangunan ini juga merupakan rumah rasmi bagi Gabenor Belanda dan timbalannya.Di sekitar bangunan Stadhuys yang dipanggil Dutch Square ini terdapat satu gereja yang bernama Christ Church dimana ianya telah berusia 250 tahun lebih.Terdapat juga kolam air pancut dan sebuah kincir air seperti yang sering dilihat di negara Belanda.Bangunan Stadhuys sekarang menempatkan Muzium Sejarah,Ethnografi dan Sastera untuk dikunjungi oleh pelancong.





 
Pastinya anda juga tertanya-tanya tempat apakah ini bukan? Ini ialah "JONKER STREET".


Baba Nyonya dan Barangan Antik Peminat barangan antik dan mereka yang ingin mendalami kehidupan keturunan Baba dan Nyonya tidak boleh tidak pergi ke Jonker Street. Untuk merasai kemeriahan Jonker Street, datang pada malam Sabtu dan malam minggu kerana terdapat pasar malam yang sangat meriah. Di sini juga terdapat hotel-hotel berkonsep kehidupan Baba dan Nyonya yang boleh dicuba dan makanan popular keturunan Baba dan Nyonya seperti Ayam Pong Teh, Itek Tim dan Nyonya Laksa juga jangan dilupa. Membeli barangan antik perlu tahu tawar menawar dan jangan lupa bertanya tentang sejarahnya.









Ini pula ialah Dataran Pahlawan yang terletak di Bandar Hilir.Dataran ini merupakan tempat berlangsungnya suatu perhimpunan pada 20 Februari 1956.Di hadapan dataran ini terdapat Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.Perhimpunan ini merupakan perhimpunan yang paling bersejarah di negara kita.Peristiwa ini adalah untuk menyambut kepulangan Rombongan Merdeka dari London yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman.Dalam perhimpunan itu,beliau telah mengumumkan tarikh kemerdekaan di negara kita bakal berlangsung pada 10 Ogos 1957.Di bawah dataran ini pula terdapat sebuah pusat membeli belah iaitu Dataran Pahlawan Megamall.Bertentangan dengan Dataran Pahlawan ini pula terdapat sebuah lagi pasaraya iaitu Mahkota Parade dan sebuah hotel di sebuah dataran tersebut iaitu Hotel Equatorial Melaka.Di sini juga terdapat pasaraya Carrefour dan sebuah panggung wayang,Golden Screen Cinemas.