PULAU PANGKOR



Negeri Perak ataupun nama penuhnya iaitu Perak Darul Ridzuan adalah merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia).Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia selain daripada Pahang.Perak juga terdiri daripada 10 jajahan yang dipanggil sebagai daerah:

*Batang Padang
*Kinta
*Kuala Kangsar
*Larut,Matang dan Selama
*Kerian
*Manjung
*Hilir Perak
*Perak Tengah
*Hulu Perak
*Kampar

Terdapat juga beberapa bandar utama yang terletak di Perak seperti Ipoh,Kuala Kangsar,Taiping,Sitiawan,Kampar dan Teluk Intan.

Tetapi di dalam post ini,saya tidak mahu cerita pasal negeri Perak.Saya nak cerita tentang satu pulau yang menjadi tumpuan pelancong setiap kali melancong di Perak iaitu Pulau Pangkor.





  Ini ialah Pulau Pangkor.Ianya terletak di negeri Perak Darul Ridzuan.Luasnya cuma lebih kurang 2200 hektar dan penduduknya berjumlah lebih kurang 25,000 orang.Pulau ini merupakan salah satu destinasi pelancongan yang boleh dikatakan utama di Malaysia.Pulau Pangkor ini juga merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik.Pulau pangkor ini juga boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan dan laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang,memancing,snorkling,berkayak dan sebagainya.





Pasti anda tertanya-tanya bangunan apakah ini? Ataupun istana? Istana ada ke di tempat seperti pulau ini?
Haa.. sebenarnya ini bukan istana.Ini namanya Kota Belanda yang terletak di Pulau Pangkor.Kota Belanda ini terletak kira-kira 100 meter dari pantai.Pada tahun 1670,Kota Belanda ini telah dibina oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) untuk menyimpan bijih timah yang diperoleh dari negeri Perak.Beberapa bahagian kota ini telah dibaiki semula dan diperindahkan di persekitaran perkampungan nelayan melayu.





Ini ialah Teluk Nipah yang terletak di Pulau Pangkor.Teluk Nipah ini merupakan tempat perkelahan yang menarik dan popular untuk seisi keluarga.Ia mempunyai pemandangan yang cantik dan indah untuk dinikmati.Teluk Nipah juga mempunyai kemudahan awam dan tempat penginapan yang selesa.