NEGERI SEMBILAN


Gambar di atas ini ialah bendera Negeri Sembilan atau nama 'panjang'nya ialah Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan

*SELANGOR di utara
*PAHANG di timur
*JOHOR di tenggara
*MELAKA di selatan dan
*SELAT MELAKA di barat

Masyarakat Negeri Sembilan perantau asalnya orang Minangkabau,Sumatera Barat,Indonesia yang telah muncul sejak abad ke-14.Ibu negeri bagi Negeri Sembilan ialah Seremban,Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah,bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson,Rembau,Tampin,Jempol dan Jelebu.

Di Negeri Sembilan juga terdapat pelbagai destinasi-destinasi yang menarik untuk melancong.Contoh yang pertama adalah:



Nama tempat ini ialah Gunung Telapa Buruk yang terletak berhampiran dengan Kampung Ulu Klawang.Gunung ini mempunyai ketinggian setinggi lebih kurang 1193 meter (3913 kaki) dari aras laut.Gunung ini terletak pada latitud U2°50'28" dan longitud T102°04'14".Di atas gunung ini juga terdapat menara pemancar telekomunikasi milik Celcom.Gunung Telapa Buruk ini mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp atas.Terdapat juga banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.Gunung ini juga sesuai untuk diterokai ataupun melakukan aktiviti seperti 'Jungle Trecking' kerana sesuai untuk menyihatkan tubuh badan.






Ini ialah Pantai Teluk Kemang yang terletak di Port Dickson,Negeri Sembilan.Jaraknya cuma 10km ke selatan dari bandar Port Dickson.Kawasan perkelahan ini di panggil Port Dickson sahaja walaupun pantai ini terletak di sepanjang pantai Teluk Kemang.Pantai ini juga popular di kalangan penduduk Lembah Kelang dan lain-lain untuk mandi-manda terutamanya pada hujung minggu.Pada waktu senjanya pula,kita dapat melihat matahari terbenam di balik laut.Tempat ini amat sesuai untuk sesiapa yang hendak 'honeymoon' kerana tempatnya amat indah dan menarik untuk dinikmati bersama yang tersayang.




Gambar di atas ini ialah Istana Lama Seri Menanti dimana ia juga terletak di Negeri Sembilan.Istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an.