PULAU PINANG




Ini ialah bendera PULAU PINANG.Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di sebelah pantai
barat laut Semenanjung Malaysia.Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka.Negeri ini juga merupakan sebuah petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia.Nama pulau ini diambil sempena nama sebatang pokok iaitu 'pokok pinang'.Pulau ini juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali sebagai Pulau Pinang.Pulau Pinang ini juga ialah salah satu antara 13 buah negeri-negeri di Malaysia.


Pulau Pinang juga terdapat pelbagai destinasi yang menarik untuk melancong.Contohnya seperti Bukit Bendera,Taman Negara,Komtar dan sebagainya.








Pasti anda tertanya-tanya,keretapi apakah ini? KL kah? Ataupun LRT? Haa....gambar ini ialah di Bukit Bendera yang terletak di Pulau Pinang.Bukit Bendera ini merupakan sebuah kawasan Parlimen di Pulau Pinang ini.Bukit Bendera ini berada pada ketinggian lebih kurang 830 meter di atas George Town dan mempunyai suhu yang sangat dingin.Bukan itu sahaja,ia juga mempunyai panorama yang mengasyikkan.Bukit ini juga digelar sebagai Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan pengeluaran buah strawberi seperti di Cameron Highlands,Pahang.Bentuk muka bumi dan suhunya yang dingin sesuai untuk penanaman buah strawberi ini.Bukit Bendera ini amat sesuai untuk dijadikan tempat pelancongan bagi seisi keluarga.






Ini pula ialah sebuah taman yang dinamakan Taman Negara.Ianya terletak di Teluk Bahang,Pulau Pinang.Tempat ini juga merupakan salah satu tumpuan pelancong kerana keindahan alamnya.Tempat ini juga sesuai untuk berekreasi bersama keluarga ataupun rakan-rakan.






Gambar di atas ini ialah di Batu Feringgi ataupun jika di dalam bahasa inggeris pula ialah Foreigner's Rock.Batu Feringgi ini adalah sebuah kawasan peranginan yang terkenal dengan hotel yang besar,kedai pelancongan yang banyak,tempat peranginan,restoran dan juga penyewaan kereta dan motosikal bagi sesiapa yang tiada kenderaan untuk melancong Pulau Pinang ini.Tempat ini terletak tidak jauh dari pusat bandaraya George Town.Batu Feringgi ini terletak di sepanjang jalan pesisiran barat laut bandaraya George Town dan dipenuhi dengan hotel yang bertarafkan antarabangsa.Terdapat juga pantai di Batu Feringgi ini dan pantai di sini merupakan pantai yang terkenal dan sentiasa dipenuhi oleh pelancong di Pulau Pinang ini.




Adakah anda semua fikir ini ialah menara Tabung Haji? Hahaha.. BUKAN ! Ini ialah Menara Komtar (Kompleks Tun Abdul Razak) yang terletak di George Town,Pulau Pinang.Menara ini merupakan menara yang tertinggi di Pulau Pinang,utara semenanjung dan ke-6 di MALAYSIA! Bangunan ini juga berbentuk seperti segi 12.Bangunan yang menempatkan ruang pejabat ini mempunyai ketinggian yang lebih kurang 232m atau 760 kaki.Bangunan ini mempunyai 65 tingkat kesemuanya.









Ini pula ialah di Padang Kota Lama.Ianya terletak di tepi pantai George Town,Pulau Pinang.Ia juga dikenali sebagai "The Esplanade".Tempat ini juga berdekatan dengan tepi pantai.Kita juga dapat menikmati pemandangan di tepi pantai sambil berjalan-jalan bersama keluarga atau rakan,atau juga bersama pasangan anda di tepi pantai tersebut.Pemandangannya sungguh menarik dan juga sesuai untuk dijadikan tempat pelancongan.




Gambar di atas ini pula ialah Rumah P. Ramlee atau nama sebenarnya ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh.Beliau merupakan seorang pelakon,penyanyi,pengarah,pemain muzik dan juga penulis lagu yang terkenal di Malaysia dan Singapura.Beliau dilahirkan pada 1947 dan meninggal pada 1973 di waktu umur beliau 44 tahun.Rumah P. Ramlee ini merupakan sebuah muzium yang terletak di Jalan P. Ramlee yang dahulunya dikenali sebagai Caunterhall Road.Rumah ini diperbuat daripada kayu bagi memperingati seniman tanahair yang terkenal iaitu P. Ramlee.Asal rumah ini dibina ialah pada tahun 1926 oleh ayahnya dan ayah saudaranya.Barangan yang dipamerkan di Rumah P. Ramlee ini ialah diari,kenangan peribadi yang berkaitan dengan kehidupannya di Pulau Pinang dan juga barangan kepunyaan keluarga beliau.